girlwithbighead
 Masalah bibir kering  
29/11/2015 | 0 comments

Assalamualaikum.

Kebanyakan orang mengalami masalah bibir kering kan ? Selalu kulit bibir terkopek kan lagi lagi orang yang tak suka minum air masak. Iqa dulu selalu sangat kena lagi teruk tak sampai 10 minit dah kering.

Sampaikan iqa terpaksa pakai lip balm sebab tanak nampak kering tapi kesan lip balm tuh kejap je, Nanti dalam 1 jam dah hilang. Penah beli jenama yang mahal, apatah namanya. Kononnya long lasting tapi sebenarnya tak pun. Mungkin bergantung kenapa kulit bibir masing-masing kot.

Then, iqa tanya la ex roommate iqa masa matrik. Nama dia Illyana. Iqa panggil dia illy. Dia amik biology then dia sangat la pandai. Selalu dapat 4flat nak dibandingkan iqa, hmmmmmmm. Lupakan. Disebabkan dia pandai biology, iqa tanya la dia macam mana nak hilangkan bibir kering nih.

Then, dia cakap banyakkan minum air masak. 1 hari mesti lebih 2 liter air tapi ikut badan juga. Ada kiraan dia. dia cakap, cuba tengok bibir aku. Memang cantik bibir dia. Rahsia dia cuma minum air masak je. Masa dekat matrik, dia selalu minum air masak 2 botol besar masa ke kelas. Tak termasuk lepas balik kelas.

Start dari tuh, iqa ikut nasihat dia. Iqa start minum air masak masa tahun lepas bulan 10 tak silap iqa. Memang banyak la iqa minum air. Sampaikan sekarang, dalam bilik iqa ada satu jag air masak dengan pergi kelas bawak satu botol air masak yang 2 litter. wajib. Iqa sekarang dah terbiasa minum air masak sebab dulu memang iqa minum air manis-manis dengan berais, lama-lama, iqa kurangkan sampai lah sekarang iqa dah jarang sangat-sangat beli air minuman yang manis.

Alhamdulillah, bibir iqa dah tak kering. Dah tak payah pakai lip balm. Rahsianya cuma air masak sahaja. Tak payah pakai produk ke ubat ke apa ke. Satu tip nak bagi, kalau bibir kering, jangan basahkan dengan air liur nanti bibir jadi makin kering. Sekian.




OLDERNEWER